Kehidupan awal Alexandre Pato

Alexandre mula bermain futsal di usia 4 tahun. Kebolehannya kemudian diketahui di seluruh kawasan selatan Brazilian iaitu di ParanĂ¡. Setelah menerima pujian oleh ramai jurulatihnya, remaja tersebut telah pergi ke Porto Alegre, Rio Grande do Sul, untuk mencuba nasib bersama Internacional. Pada 2001, dalam usia 11 tahun, beliau berpindah ke sana dan mula berkongsi rumah dengan 83 orang remaja lain, yang juga sepertinya, ingin mencipta nama dalam skuad utama Internacional.

Pada 2000, sewaktu Alexandre berusia 10 tahun, x-ray dari tulang yang patah telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai ketumbuhan pada lengannya. Para doktor menyedari bahawa ketumbuhan itu boleh menyebabkan kanser dalam dua bulan sekiranya tidak dibuang. Keluarga Alexandre tidak mampu menampung kos untuk pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu, tetapi doktor tersebut, Paulo Roberto Mussi, merupakan kenalan rapat keluarga beliau, dan telah menjalankan pembedahan tanpa bayaran. Peristiwa ini penting kerana ia terjadi pada tahun Alexandre sedang berusaha menggerakkan karier profesionalnya bersama Internacional.[2]

Beliau mengambil nama gelaran Alexandre Pato ("Alex sang Itik"), sempena nama tempat kelahirannya.

Rujukan

WikiPedia: Alexandre Pato http://www2.uol.com.br/cbf/sitenoticias/_769718572... http://www.academia-de-talentos.com/posts/alexandr... http://www.acmilan.com/NewsDetail.aspx?idNews=5928... http://www.acmilan.com/NewsDetail_popup.aspx?idNew... http://www.channel4.com/sport/football_italia/jan2... http://www.footballdatabase.com/index.php?page=pla... http://globoesporte.globo.com/ESP/Noticia/Arquivo/... http://www.patohome.com/ http://www.recontragolazo.com/?p=95 http://www.uefa.com/competitions/ucl/news/kind=1/n...